PROFIL UNIT PENDIDIKAN ISLAM


Assalamualaikum wrt. wbt.

PENGENALAN
Unit Pendidikan Islam (UPI) merupakan salah satu unit di bawah Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan. Terdapat tiga orang Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (PPPD) yang bertanggungjawab mengoperasikan unit ini, iaitu:
  • Ustaz Mohd Nasir Bin Majid, Penolong PPD PPP Pendidikan Islam (Rendah)
  • Ustazah Zaini Binti Salleh, Penolong PPD PPP Pendidikan Islam (Menengah)
  • Ustaz Mohd Khir Bin Abd Hamid, Penolong PPD PPP Pendidikan Islam (ADNI)

FUNGSI UNIT PENDIDIKAN ISLAM
Menyelaras, mengurus, melaksana, membimbing, memberi sokongan dan menilai program serta aktiviti kurikulum dan kokurikulum Pendidikan Islam di peringkat daerah serta segala keperluan yang berkaitan dengan dasar Pendidikan Islam berjalan dengan lancar dan berkesan menepati Dasar Pendidikan Negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

FUNGSI UTAMA UPI
VISI
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

0 comments:

Post a Comment