19 April 2020

MANFAATKAN PORTAL PEMBELAJARAN KPM


Assalamualaikum wrt. wbt.

Portal MOE-DL.EDU.MY merupakan platform terkini yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai suatu pelantar pembelajaran digital yang dapat dimanfaatkan oleh guru, murid serta ibu bapa. Portal ini mengandungi pelbagai bahan pembelajaran yang boleh dicapai oleh murid dari seluruh negara, terutama ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat daripada penularan wabak Covid-19. Guru-guru dan murid hanya perlu log masuk dengan menggunakan ID serta kata laluan yang telah dibekalkan ke sekolah masing-masing.

KELEBIHAN:
  • Akses kepada Google Classroom dan Microsoft Teams.
  • Membantu dalam tujuan Pengajaran dan Pembelajaran (PDP).
  • Memudahkan pendaftaran kelas.
  • Memuat naik bahan Pdp.
  • Memberi dan pemarkahan tugasan.
  • Dapat mengakses EduwebTV.
  • Untuk merancang Pdp.
  • Mendapatkan video Pdp.
  • Latihan atas talian untuk para guru.
Layari portal MOE-DL.EDU.MY



0 comments:

Post a Comment