19 April 2020

PANDUAN PELAKSANAAN PdP SEMASA PKP


SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BILANGAN 3 TAHUN 2020
Surat siaran ini bertujuan memaklumkan berkenaan Garis Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Disebabkan Penularan Jangkitan COVID-19.

Mesyuarat Khas YB Menteri Pendidikan dengan Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertarikh 26 Mac 2020 telah meluluskan garis panduan berkenaan sebagai rujukan kepada pentadbir, guru, ibu bapa dan murid dalam melaksanakan PdP sepanjang tempoh PKP.
KPM telah mengeluarkan kenyataan media bertarikh 27 Mac 2020 berhubung Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Berikutan Perlanjutan Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi menzahirkan komitmen KPM dalam memastikan murid tidak ketinggalan dan dapat mengikuti pembelajaran secara berterusan dalam keadaan yang selamat. Bagi maksud ini, guru tidak dibenarkan ke sekolah dan hendaklah melaksanakan semua tugasan dari rumah.

0 comments:

Post a Comment